Monday, June 15, 2009

from a great man for the best thinkers...(^_~)

Assalamuallaikum…

Entah kenapa rs cm sunyi sgt2 rumah kami…mungkin sbb adik da balik asrama, shida dah kerja n nyot2 dah saya anta g tapah…rumah sunyi, makanan byk x habis (it doesn’t mean sy xkuat makan, just my bro ade uncang lebih kat perut die utk habiskan sume makanan!haha) I miss them…shida n nani (adik lelaki sy----> ei, nani kan nama pemain bola sepak???so, jangan pelik ok!=P)

Dsebabkan cuti ni lama, eat, drive, cook, watch tv, laugh, read, dream, all comes in EXCESSIVE way…=P just nk kongsi sikit tentang satu buku yg sy beli minggu lepas, ’Ali bin Abi Talib-mutiara ilmu Islam’…buku ni padat, ringkas n best sgt2 bila baca…(cewah,promote plak!=P)

Buku ni basically cerita kisah saidina Ali ni…tp ada la terselit kata2 beliau yg bila kali pertama sy baca rasa macam ‘ahh??’ kali kedua rasa mcm ‘ohh…’ dan bila kali ketiga direnung balik ‘waaaa….’ Its really from a great man for the best thinkers. So, wanna be one of the best thinkers…?? Just think it’s nice to be share together, so, slamat berfikir dan merenung…(^_~)

“hendaklah kamu lebih memperhatikan cara amalan itu diterima berbanding banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai dgn takwa. Bagaimana amalan itu hendak diterima??”

“Janganlah seorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan jgnlah dia takut selain kepada dosanya”


“Tiada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kala tidak ada perhatian untuknya”


“pendapat seorang tua lebih baik dari tenaga seorang muda”


“menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran”


“mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin”


Bakhil pada apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan kepada Allah”


“seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan”


“Ilmu lebih baik dr kekayaan kerana kekayaan perlu dijaga sedangkan ilmu menjagamu”


“Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatlah kesusahanmu dengan mendirikan solat”


“Sifat menahan marah adalah lebih mulia dari membalas dendam”


“bersedekahlah dengan kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin”


“Manusia terbahagi kepada 3

1. yang mengenal Allah
2. mereka yang mencari kebenaran
3. mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran
golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan mereka akan mengikut ketua mereka dgn buta seperti kambing”

“mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri selamat dari mencari kesilapan orang lain”


“Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang dia lakukan bagi memperbaiki dirinya”


“Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan kepada Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu”


“Allah merahmati mereka yang kenal dirinya dan tidak melampaui batas”


“Kegelisahan adalah lebih sukar berbanding kesabaran”


“Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap kepada manusia adalah satu kehambaan”



Dan akhir sekali…..


“Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: percakapan, diam, pandangan, dan gerak. Tiap2 percakapan yang tidak disertakan dengan mengingati Allah adalah sia2, tiap2 diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap2 pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai dan tiap2 gerak yang tidak disertai denga perhambaan adalah kosong”



--saidina Ali bin Abi Talib—


Ada jugak yg sesetengahnya, saya masih xdapat maksud sbenar, dan mungkin anda juga…tp, dalam hidup ni, we need to search to find d answer...hanya bola datang bergolek, tidak pada ilmu...(^_^)

thanks for reading!

6 comments:

Unknown said...

salam
lama dah x post blog hehe
so still cuti lagi ke?
a good post..valuable..perhaps i can use it in myspeech soon =)

que sera sera said...

wslm zharif...
yep,still cuti...cuti2 ni malas sket nk post new entry!hehe
thanks...(^_~)

Unknown said...

salam..
uit, ak br wat blog..
sume nyer cm terlintas kt ati aku tuk mule kn blog after aku bce ko nye blog td.. hu..
tanx.. ko sumber ilhamku.. hik2 =P

que sera sera said...

wslm
hahaha...xle blah ayat!=PP
slamat masok ke alam blog!(^_^)~

nabeela shukur said...

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: percakapan, diam, pandangan, dan gerak. Tiap2 percakapan yang tidak disertakan dengan mengingati Allah adalah sia2, tiap2 diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap2 pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai dan tiap2 gerak yang tidak disertai denga perhambaan adalah kosong”


p.s~sy ske ayat ni...=)...troskan mbaca kay^^..thanx for sharing

que sera sera said...

(^_^) u'r welcome!